instagram

Tuesday, January 6, 2015

Penghijrahan

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah tanggal 26 haribulan 12 tahun 2014, Allah kurniakan hidayah kepada saya dan bukakan pintu hati saya. Hidayah yang datang dalam mimpi supaya saya menutup aurat dan menurut perintah yang maha esa. Alhamdulillah hati dan jiwa semakin tenang. cuma lepas ni kena latih diri untuk mempunyai minda dan pemikiran yang  lebih positif insyaallah. 

Saya antara manusia yang akan tergamam bila ada yang cakap 
"buat apa mengaku islam kalau tak taat pada perintah Allah"
*telan air liur*

Manusia mana je yang tak tergamam ? cuba habaq mai ? lagi-lagi kalau orang tu islam. 
Masyaallah betapa khilafnya aku. kalau nak dihitung dosa yang telah dilakukan, mungkin kita hanya mampu menggeleng kepala sambil mengalirkan air mata. Jahil. ya aku Jahil.

Banyak tentang agama yang saya tak tahu. setakat yang asas tu boleh la. tu pun budak darjah 4 pun boleh kalahkan saya kalau disuruh untuk senaraikan pengetahuan2 tersebut. 

sekarang ni kalau nak keluar rumah benda pertama yang saya capai adalah tudung. saya akan rasa lain macam bila rambut terdedah. dan saya akan berasa tidak selesa kalau bertudung tapi pakai baju lengan pendek. wajib untuk saya pakai inner ataupun cardigan. ada sahaja segelintir masyarakat yang memakai tudung bersama baju lengan pendek. tapi entah kenapa saya tk tergamak untuk berbuat begitu. mungkin kerana saya dah tetapkan nawaitu saya iaitu "saya ingin berubah"
dan sekarang saya masih dalam proses untuk melabuhkan hijab saya.

saya ni bukanlah semula jadi alim. baju lengan panjang pun tak sampai 10 helai. tudung pun tak ada dalam koleksi apatah lagi jubah yang sepatutnya jadi koleksi wajib setiap umat islam. ya saya jahil. dulu mak bapak hantar pergi kafa saya ponteng. akibatnya saya tanggung sampai sekarang. nak menyesal tidak berguna. apa yang patut saya buat adalah memperbaiki diri. saya ingin bersedia dan menyiapkan diri sebelum dipanggil seruan ilahi. itu saja. 

Orang-orang yang gembira terhadap perubahan saya sudah semestinya kedua ibubapa saya. mereka menyokong saya satu juta % dan itu membuatkan saya terharu. ada juga yang memerli. tapi apa nak buat. mulut orang bukan boleh ditutup. jadi kita pilih alternatif lain dengan buat-buat tk dengar hihi

saya juga berharap Allah swt gembira dengan perubahan saya serta mengampunkan dosa yang telah saya lakukan. saya tahu saya bukan siapa-siapa. saya hanya hamba yang kerdil. tapi tidak salah untuk mempunyai keinginan seperti itu. Wallahualam.

Saya hanya mampu tersenyum apabila makcik-makcik saya menegur pemakaian baru saya.
ya saya gembira ! saya bersyukur Allah swt bukakan pintu hati saya seawal ini. Saya sering berdoa supaya Allah jauhkan saya dari perasaan hasad dengki dan limpahkan saya dengan kasih sayang. Saya berharap sangat saya dijemput Allah swt untuk menjejakkan kaki ke tanah haram.
 Amin ya rabbal al-amin

Imej baru saya
-
-
-

jeng jeng jeng.....





taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!

LOL





Place I wanna go

Assalamualaikum wbt

Saya disini untuk mengemukakan tajuk "Tempat yang ingin saya lawati" dan menceritakan serba sedikit kefahaman saya tentang negara-negara tersebut. Okeyyy let's start !

10. Amerika Syarikat
New York, Washington, California, Florida, Nevada
Saya agak tertarik dengan USA sebab banyak sangat tengok movie yang dihasilkan dari sana such as FBI, HAWAII FIVE-O, BEVERLY HILLS CHIHUAHUA and more hihihihihihi. selain daripada itu, saya pun teringin nak melawat white house *wink dekat obama* sebab dah lali asyik melawat rumah datuk seri najib je tiap kali pergi kl. muak pun hadooooo
saya nak tengok statue of liberty depan mata, jalan-jalan dekat times square, tangkap gambar papan tanda hollywood, akhir kata, nak rasa kehidupan orang sana 

9. Greece 

susunan rumah diatas bukit yg mengagumkan. lautan biru yg indah serta kapal layar yg canggih
membuatkan setiap manusia mempunyai keinginan untuk melawat tempat ini

8. Jerman

 7. Sepanyol 
Their historical building are awesome 

6. United Arab Emirates
Burj Khalifa
one of the highest building in the world

5. Itali 

4. Switzerland

sangat menakjubkan the mountains. and they also provided the slowest train in the world here in this country for us to watch all the breathtaking scenery

3. Jepun

Negara matahari terbit yg terkenal dengan pohon sakura yg akan berbunga setahun sekali.
negara ini juga terkenal dengan watak kartun anime yg digilai ramai kecuali saya kihkihkih

2. Australia

I really wanna meet those cutie koala and kangaroo.

1. ARAB SAUDI !
Makkah
Yes. My biggest dream ! nak jejakkan kaki ke tanah haram. nak melihat kaabah secara live. nak cium hajarul aswad. nak masuk ke taman syurga raudhah. nak melawat makam nabi dan sahabat.
Nak tengok sendiri gua hira'. selama ni tengok dalam buku teks agama islam je. selain makkah, madinah juga antara tempat yang wajib dilawati. Masjib nabawi kedua yang terbesar selepas masjidil haram. Ladang kurma serta ladang unta juga adalah antara destinasi wajib yang harus dilawati. Masyaallah bila agaknya dapat jejakkan kaki ke sini ? Jawapannya....

SUATU HARI NANTI. 
Insyaallah. Amin ya rabbal al-amin.

Mesti ada yang pelik. eh Izzati ni bukan minat kpop ke ? tapi tk ada pun korea dalam list di atas. hahahaha saya tak adalah fanatik sangat dalam bab kpop2 ni. tapi kalau ada rezeki untuk ke sana, alhamdulillah bersyukur kepada Allah. Lagipun saya dah expert sangat nama tempat2 dekat sana. kalau dapat ke sana memang takde hal lah ! hehehehe