instagram

Tuesday, December 2, 2014

190315

Assalamualaikum wbt


Im here to talk about Changes, Aurah and Ibadat. I've been thinking to cover my aurah since 2 years ago but it's hard. i couldn't find the right time to do it. I do not believe myself. I cried a river when I realize... betapa khilafnya diri ini. benda senang pun tkboleh nak laksanakan. and this year, i have made up my mind ! I wanna make big changes in my life. pedulikan apa orang nak kata dan tumpukan pada subjek utama iaitu perubahan ! dan yang paling penting sekali ialah perubahan ke arah minda yang lebih positif. insyaallah

Bila sentuh pasal bab ibadat, people will know it is about solat. solat itu tiang agama. berdosa jika tidak tunaikan. i know. but still, aku ingkar. terus terang aku cakap, bab agama ni aku masih berada di gred C. atau mungkin D. aku kurang mempraktikkan benda-benda sebegini. sampaikan bacaan dalam solat pun aku dah ingat-ingat lupa.  betapa jahilnya aku. dan pada tahun 2014 ini, mak aku tiba-tiba suarakan hasrat dia untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. Alhamdulillah. dan dia juga berhasrat untuk membawa aku dan kakakku sebagai peneman.

Bila aku terdengar hasratnya yang satu itu, perasaan aku ketika itu menjadi sayu. sangat sayu. sehinggakan aku harus berpura-pura mengatakan aku hendak ke tandas untuk membuang air. padahal aku ke sana untuk meluahkan airmataku. hanya tangisan tanpa suara yang mampu aku luahkan. hatiku ketika itu terasa sebu kerana terpaksa menahan daripada mengeluarkan suara. sesungguhnya aku berasa tidak layak untukku jejakkan kaki ke sana. tetapi mak aku sentiasa kuatkan semangatku dengan berkata "tkpe mak ada"

Sejak itu aku menjadi gembira dan tak sabar menunggu masa untuk ke sana. aku sedaya upaya membetulkan cara bacaan dalam solat serta membaca pengetahuan tentang umrah serba sedikit di internet dan buku rujukan. aku juga melawat ke beberapa buah blog yang menceritakan tentang pengalaman ketika mereka ke sana. ketika itu aku sudah membayangkan betapa indahnya madinah dengan adanya masjid nabawi. payung gergasi yang melindungi hamba ALLAH dari panas terik. Raudhah taman syurga Nabi serta makam nabi dan sahabat-sahabatnya. Di Makkah pula subjek utamanya haruslah Kaabah yang selama ini menjadi arah kiblat umat Muhammad. Selepas habis membaca semua ini, tiba-tiba aku terbaca satu artikel yang meluluhkan hati dan melumpuhkan semangatku.....
Undang-undang baru Arab Saudi. Wanita yang berusia bawah 45 tahun dan lelaki yang berusia bawah 18 tahun diwajibkan membawa mahram bersama. Tanpa mahram, Arab Saudi tidak akan meluluskan visa untuk ke sana. Wanita 45 tahun dan ke atas dikecualikan. 
Allahu.... kami bercadang untuk pergi ke sana seramai 7 orang. 7 orang dari keluarga aku. dan ketujuh-tujuh kami adalah perempuam. tidak menjadi hal kepada makcik ku yang seramai 3 orang serta ibuku. kerana umur mereka telahpun mencecah 50-an. sebaliknya aku, kakakku dan sepupuku pula memerlukan mahram untuk kesana. tanpa mahram mana mungkin kerajaan saudi akan melepaskan kami di airport mereka. kecuali kalau imigresen dorang jenis tak buat kerja lah.
Mahram yang dimaksudkan oleh Arab Saudi:
Ayah
Pakcik Kandung(sebelah ayah)
Atuk Kandung
Adik beradik lelaki melebih 18 tahun

p/s: Im not sure about this. ini adalah berdasarkan sumber dari agensi-agensi umrah di internet

Untuk tidak mencelarukan fikiran mak, aku dan kakak ku membuat keputusan untuk menarik diri dari menurut serta. Walaupun kami masih ada ayah sebagai mahram kami, tetapi kami tidak mahu menyusahkannya. kami faham faktor pekerjaan yang sedang dilakukan olehnya. Aku berkata pada mak
"mak tkpayah risau. mak pergi je sana. insyaallah nanti akan tiba giliran adik. lagipun adik tk bersedia lagi" sedih lah jugak bila terkenangkan balik. rasa kecewa dan sayu tu tk dpt nk digambarkan. tapi mcm yang aku cakap tadi Insyaallah akan tiba giliran aku pulak nanti. Amin Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin

Bersambung....


1 comment: