Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah tanggal 26 haribulan 12 tahun 2014, Allah kurniakan hidayah kepada saya dan bukakan pintu hati saya. Hidayah yang datang dalam mimpi supaya saya menutup aurat dan menurut perintah yang maha esa. Alhamdulillah hati dan jiwa semakin tenang. cuma lepas ni kena latih diri untuk mempunyai minda dan pemikiran yang lebih positif insyaallah.
Saya antara manusia yang akan tergamam bila ada yang cakap
"buat apa mengaku islam kalau tak taat pada perintah Allah"
*telan air liur*
Manusia mana je yang tak tergamam ? cuba habaq mai ? lagi-lagi kalau orang tu islam.
Masyaallah betapa khilafnya aku. kalau nak dihitung dosa yang telah dilakukan, mungkin kita hanya mampu menggeleng kepala sambil mengalirkan air mata. Jahil. ya aku Jahil.
Banyak tentang agama yang saya tak tahu. setakat yang asas tu boleh la. tu pun budak darjah 4 pun boleh kalahkan saya kalau disuruh untuk senaraikan pengetahuan2 tersebut.
sekarang ni kalau nak keluar rumah benda pertama yang saya capai adalah tudung. saya akan rasa lain macam bila rambut terdedah. dan saya akan berasa tidak selesa kalau bertudung tapi pakai baju lengan pendek. wajib untuk saya pakai inner ataupun cardigan. ada sahaja segelintir masyarakat yang memakai tudung bersama baju lengan pendek. tapi entah kenapa saya tk tergamak untuk berbuat begitu. mungkin kerana saya dah tetapkan nawaitu saya iaitu "saya ingin berubah"
dan sekarang saya masih dalam proses untuk melabuhkan hijab saya.
saya ni bukanlah semula jadi alim. baju lengan panjang pun tak sampai 10 helai. tudung pun tak ada dalam koleksi apatah lagi jubah yang sepatutnya jadi koleksi wajib setiap umat islam. ya saya jahil. dulu mak bapak hantar pergi kafa saya ponteng. akibatnya saya tanggung sampai sekarang. nak menyesal tidak berguna. apa yang patut saya buat adalah memperbaiki diri. saya ingin bersedia dan menyiapkan diri sebelum dipanggil seruan ilahi. itu saja.
Orang-orang yang gembira terhadap perubahan saya sudah semestinya kedua ibubapa saya. mereka menyokong saya satu juta % dan itu membuatkan saya terharu. ada juga yang memerli. tapi apa nak buat. mulut orang bukan boleh ditutup. jadi kita pilih alternatif lain dengan buat-buat tk dengar hihi
saya juga berharap Allah swt gembira dengan perubahan saya serta mengampunkan dosa yang telah saya lakukan. saya tahu saya bukan siapa-siapa. saya hanya hamba yang kerdil. tapi tidak salah untuk mempunyai keinginan seperti itu. Wallahualam.
Saya hanya mampu tersenyum apabila makcik-makcik saya menegur pemakaian baru saya.
ya saya gembira ! saya bersyukur Allah swt bukakan pintu hati saya seawal ini. Saya sering berdoa supaya Allah jauhkan saya dari perasaan hasad dengki dan limpahkan saya dengan kasih sayang. Saya berharap sangat saya dijemput Allah swt untuk menjejakkan kaki ke tanah haram.
Amin ya rabbal al-amin
Imej baru saya
-
-
-
jeng jeng jeng.....
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!
LOL

No comments:
Post a Comment